suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah Rendah HoneySpot Dinama Sempena Nama Guru Maut Dalam Tembakan Amuk Di Connecticut

STRATFORD, Connecticut: Beberapa pegawai di sebuah bandar berdekatan Newtown, Connecticut, menamakan semula sebuah sekolah di bandar itu sempena nama guru yang terbunuh dalam insiden tembakan rambang Disember lalu.

Sekolah Rendah HoneySpot di Stratford akan dinamakan sempena nama Victoria Soto, 27, yang maut ketika cuba melindungi murid-murid daripada ditembak seorang lelaki bersenjata di dalam perkarangan sekolah tersebut.

Suspek Adam Lanza membunuh 20 kanak-kanak dan enam guru di sekolah tersebut pada 14 Disember lalu sebelum menembak dirinya sendiri.

Lanza turut membunuh ibunya di kediaman mereka di Newtown.

Datuk Bandar John Harkins mencadangkan perkara itu yang kemudiannya diluluskan pada malam Isnin, sebulan selepas insiden terburuk tersebut berlaku.

Soto merupakan graduan dari Sekolah tinggi Stratford pada 2003.

Artikel Berikut

Artikel Lain