suria

Rhoma Irama: 'Kalau Tak Jadi Presiden, Saya Tetap Raja'

JAKARTA: Raja Dangdut Rhoma Irama yang belum menerima sokongan rasmi daripada mana-mana parti politik terhadap hasratnya bertanding sebagai calon pada Pilihan raya Umum Presiden Indonesia 2014 berkata beliau santai saja dengan keadaan itu.

Katanya beliau tidak rugi apa-apa kerana walaupun tidak menjadi Presiden, beliau tetap 'Raja' di Indonesia dan masih boleh menyumbang kepada negara melalui dakwah dan muzik.

Rhoma memberitahu media tempatan, sekiranya tidak ada parti politik berminat untuk mencalonkannya pada masa depan, beliau tidak akan berdendam.

Beliau sebelum ini berkeras mempertahankan hasrat bertanding sebagai calon dalam Pilihan raya Umum Presiden Indonesia 2014 kerana ada kumpulan ulama dan umat Islam yang mahu beliau bertanding.

Harapan mereka itu dianggap sebagai amanah yang perlu ditunaikan sehinggakan beliau akan berasa berdosa jika tidak bertanding sebagai calon Presiden nanti.

Sejak mengumumkan hasrat menawarkan diri bertanding sebagai calon presiden pada akhir tahun lalu, Rhoma tidak kurang juga menerima kritikan daripada pelbagai pihak.

Ada dikalangan pengkritik yang meminta beliau mengukur diri sendiri dulu sebelum bertanding, ada juga yang menganggapnya sebagai sebuah gurauan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain