suria

8 Pejuang Islam Maut Serangan Roket AS Di Pakistan

MIRANSHAH: Sekurang-kurangnya lapan pejuang Islam terbunuh manakala empat yang lain cedera apabila pesawat tanpa pemandu milik Amerika Syarikat (AS) melancarkan peluru berpandu ke atas kawasan pejuang di pedalaman Pakistan, pada Selasa.

Peluru berpandu berkenaan dilancarkan ke atas perkampungan Haider Khel dan Hasookhel, kira-kira 25 kilometer di timur Miranshah iaitu bandar utama di Utara Waziristan yang menjadi kubu kuat puak Taliban yang dikaitkan dengan kumpulan Al-Qaeda.

“Serangan peluru berpandu AS itu disasarkan ke atas dua kawasan pejuang. Sekurang-kurangnya lapan pejuang terbunuh,” kata pegawai keselamatan di Miranshah. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain