suria

Cameron Mahu Jadi PM Britain Sehingga 2020

LONDON: David Cameron pada Ahad berkata, beliau mahu berkhidmat sebagai Perdana Menteri Britain sekurang-kurangnya sehingga tahun 2020 bagi mengendalikan pelbagai pembaharuan termasuk rundingan semula hubungan antara negara itu dan Eropah.

Dalam satu temuramah menjelang perkembangan separuh penggal kerajaan yang diterajui beliau, Cameron turut mempertahankan keputusan sebahagian besarnya tidak popular untuk menghapuskan pembayaran faedah kanak-kanak daripada golongan berpendapatan tinggi.

Cameron memberitahu Telegraph pada Ahad bahawa beliau berhasrat untuk memimpin Parti Konservatif dengan kemenangan dalam pilihan raya umum 2015 dan kemudian berkhidmat dalam penggal selama lima tahun.

Ditanya mengenai adakah beliau mahu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga 2020, Cameron berkata: “Saya mahu bertanding dalam pilihan raya seterusnya, memenangi dalam pilihan raya akan datang dan berkhidmat – ia adalah apa yang saya mahu lakukan.” - AP

Artikel Lain