Amaran Tsunami Dikeluarkan Di Tenggara Alaska, British Columbia - Dunia | mStar

Amaran Tsunami Dikeluarkan Di Tenggara Alaska, British Columbia

ANCHORAGE (Alaska): Amaran tsunami dikeluarkan bagi kawasan di sekitar pesisir pantai tenggara Alaska dan British Columbia berikutan gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda di Lautan Pasifik, petang Sabtu.

Gempa bumi itu dikesan pada jarak 100 kilometer (km) barat daya Pelabuhan Alexander, selatan Alaska.

Jabatan Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, kejadian pada pukul 8.58 pagi (waktu tempatan) itu dicatatkan pada kedalaman 10 km.

Katanya, gempa bumi yang dicatatkan pada magnitud 7.7 di peringkat awal merosot kepada 7.5 magnitud kemudiannya.

Artikel Sebelum

Warga AS Paling Tua Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Bas Terbabas, 11 Penumpang Terkorban

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Model Playboy buah hati baharu Neymar