suria

4 Mayat Ditemui Dibunuh Anjing Liar Di Mexico

MEXICO CITY: Pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa empat mayat ditemui di taman berbukit di pinggir timur Mexico City dua minggu lalu disyaki dibunuh oleh anjing liar.

Seorang pegawai kerajaan berkata dalam satu kenyataan bahawa pakar-pakar telah mengenal pasti mangsa adalah seorang wanita dan kanak-kanak 1 tahun yang ditemui di taman Cerro de la Estrelladi Iztapalapa pada 29 Desember lalu.

Pendakwa berkata pada Isnin sebahagian tubuh telah dimakan manakala mayat wanita itu telah kehilangan lengan kirinya.

Pelawat di taman yang sama pada Jumaat menjumpai lagi dua mayat remaja yang telah diserang oleh anjing.

Pegawai tersebut memberitahu sekurang-kurangnya 100 pegawai polis sedang mencari anjing liar dikawasan taman-taman sekitar Mexico City dan telah menangkap 25 ekor anjing.

Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan amaran terhadap orang ramai yang ingin melawat taman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain