suria

Isteri Pemenang Loteri Terkejut Suami Mati Akibat Diracun

CHICAGO: Isteri kepada seorang pemenang loteri warga India yang mati diracun berkata pada Selasa, dia terkejut dengan kematian tersebut dan tidak percaya suaminya mempunyai musuh.

Shabana Ansari bercakap kepada Associated Press, sehari selepas berita kematian Urooj Khan, 46, akibat diracun pada Julai lalu tersebar.

Pendakwa raya, polis Chicago dan pegawai pemeriksa perubatan Cook County mengklasifikasikan kematian Khan sebagai homisid.

Namun mereka tidak memberi butiran lanjut atau mendedahkan sebarang suspek.

Ansari memberitahu suaminya jatuh sakit sejurus mereka menikmati makan malam bersama-sama.

Dia menyifatkan Khan sebagai seorang yang rajin dan pemurah.

"Saya terkejut dan tidak percaya dia sudah tiada," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain