suria

Lebih 100 Terkorban Cuaca Sejuk Di Utara India

NEW DELHI: Jumlah kematian akibat cuaca sejuk melampau di wilayah utara India terus meningkat kepada lebih 100 orang dengan terkini, 23 kematian dicatatkan pada Khamis.

Jurucakap polis, Surendra Srivastava berkata, sekurang-kurangnya 114 orang dilaporkan maut akibat cuaca sejuk melampau di Uttar Pradesh, dengan 23 kematian terbaru dalam tempoh 24 jam.

Katanya, kebanyakan mangsa terdiri daripada penduduk di penempatan miskin dan gelandangan yang tidak ditempatkan di pusat perlindungan sementara.

Wilayah utara India mengalami cuaca paling sejuk buat pertama kali dalam tempoh 44 tahun, kelmarin dengan catatan suhu serendah 9.8 darjah Celsius.

Jabatan meteorologi tempatan berkata, rekod paling sejuk yang pernah dicatatkan sebelum ini adalah pada 1969 dengan suhu 4.8 darjah Celsius.

Jabatan tersebut menjelaskan, suhu sejuk luar biasa itu telah menyebabkan kabus tebal yang menghalang pancaran cahaya matahari dan menyebabkan lebih 30 penerbangan terpaksa dibatalkan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain