suria

Kongres AS Lulus Kadar Kenaikan Cukai Kepada Golongan Kaya

WASHINGTON: Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan kenaikan cukai yang jarang berlaku di negara tersebut pada Selasa.

Kenaikan itu akan membabitkan golongan kaya di negara itu dalam perjanjian belanjawan dwipartisan yang menyekat ekonomi terbesar dunia daripada berdepan krisis unjuran fiskal dan kemelesetan lebih teruk.

Dengan undian 257-167, parti Republikan meluluskan rang undang-undang yang memenuhi janji Presiden Barack Obama dalam kempen pilihan rayanya sebelum ini untuk menaikkan cukai golongan berpendapatan tinggi.

Dewan Senat meluluskan rang undang-undang tersebut lebih awal dalam satu sesi pertemuan pada sambutan Tahun Baru.

Pendekatan tersebut membabitkan kenaikan cukai terhadap golongan berpendapatan melebihi AS$400,000 (RM1.2juta) bagi individu dan AS$450,000 (RM1.367 juta) pasangan.

Ia merupakan kejayaan buat Obama.

Artikel Berikut

Artikel Lain