suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jakarta Mahu Bangunkan Terowong Seperti Terowong Smart Di Malaysia

JAKARTA: Projek terowong Smart (Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya) di Kuala Lumpur menjadi inspirasi kepada Gabenor Jakarta Joko Widodo (Jokowi) untuk membangunkan terowong seumpama itu di ibu kota ini bagi mengatasi masalah banjir, sekaligus masalah kesesakan lalu lintas.

Terowong itu dirancang dibangunkan dari Jalan MT Haryono, Jakarta Timur sehingga ke Pluit, di Jakarta Utara dengan harga kira-kira AS$1.66 bilion.

"Proses untuk membangunkan terowong ini dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun," kata Jokowi di sini.

Pembangunan terowong itu di Jakarta pernah dirancang semasa pentadbiran Gabenor Sutiyoso.

Sutiyoso pernah berkunjung ke Kuala Lumpur bersama bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla pada tahun 2007 untuk mengadakan kajian pembangunan projek terowong Smart itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain