suria

Clinton Pulang Selepas Menjalani Rawatan Darah Beku

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Rodham Clinton telah dibenarkan keluar dari hospital New York, tiga hari selepas doktor mendapati terdapat darah beku di kepalanya.

Pasukan perubatan Clinton pada petang Rabu memberitahu bahawa beliau telah menunjukkan peningkatan kesihatan dan berkata mereka yakin beliau akan pulih sepenuhnya, menurut jurucakap Clinton, Philippe Reines.

Doktor telah merawat Clinton dengan mencairkan darah darah beku yang tersekat di antara otak dan tengkorak di belakang telinga kanan.

"Dia tidak sabar-sabar untuk kembali ke pejabat," Reines berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah setiausaha dan keluarganya berterima kasih di atas penjagaan cemerlang yang diterima di Hospital Presbyterian New York.

Reines berkata butiran mengenai bila Clinton akan kembali bekerja akan dimaklumkan beberapa hari akan datang.

Clinton telah dimasukkan ke hospital sejak Ahad, apabila doktor mendapati darah beku ketika ujian MRI semasa pemeriksaan susulan berpunca akibat gegaran yang dialami awal Disember.

Artikel Berikut

Artikel Lain