India Sambut Tahun Baru Dengan Protes, Nyalaan Lilin Tanda Berkabung - Dunia | mStar

India Sambut Tahun Baru Dengan Protes, Nyalaan Lilin Tanda Berkabung

NEW DELHI: India memasuki tahun baharu 2013 dalam suasana suram, dengan diselubungi bantahan berterusan dan nyalaan lilin sebagai tanda berkabung tatkala negara itu meratapi kematian tragis pelajar mangsa rogol yang disemadikan pada Ahad.

Hatel dan kelab juga hanya mengadakan majlis sambutan secara kecil-kecilan atau membatalkannya sebagai menghormati kematian pelajar fisioterapi berumur 23 tahun itu yang menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu selepas bertarung nyawa selama dua minggu ekoran kecederaan parah beberapa organnya.

Kebanyakan tempat yang biasanya menjadi tumpuan sambutan di ibu negara ini seperti Connaught Place, hanya menyaksikan kehadiran sejumlah kecil orang manakala India Gate masih menjadi kawasan larangan.

"Kami menyambut kedatangan Tahun Baharu dalam suasana suram, tatkala negara berkabung dengan kematian tragik seorang gadis yang berani, yang menjadi mangsa jenayah kejam," kata Presiden India, Pranab Mukherjee, dalam perutusan Tahun Baru beliau.

Beliau menggesa supaya dipertingkatkan tahap keselamatan dan kebajikan wanita di India.

"Mari kita gunakan saat ini untuk mencari jalan yang akan dapat mengubah cara berfikir yang menjadi punca kepada kejadian seumpama itu untuk membolehkan kita menjamin maruah dan hak samarata untuk wanita di negara kita," katanya.

Para penunjuk perasaan, sama ada mengadakan mogok lapar, terus berhimpun di Jantar Mantar, satu lagi kawasan di pusat bandaraya ini, dan menyalakan lilin sebagai tanda berkabung.

Mereka menggesa kerajaan menguatkuasakan undang-undang lebih berat terhadap jenayah rogol dan keganasan terhadap wanita. Situasi serupa juga dilaporkan di bahagian-bahagian lain di negara ini.

Statistik menunjukkan daripada 256,329 jenayah keganasan yang direkodkan tahun lepas, 228,650 kes berkaitan keganasan terhadap wanita.

Delhi merekodkan jumlah terbanyak kes rogol.

Setakat ini, 661 kes rogol dilaporkan di Delhi, meningkat 17 peratus berbanding tahun lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Lance Armstrong Akui Ambil Dadah

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain