suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paparazi Maut Selepas Ambil Gambar Kereta Ferrari Bieber

LOS ANGELES: Seorang paparazi maut apabila dilanggar sebuah kereta selepas mengambil gambar kereta Ferrari berwarna putih milik penyanyi remaja, Justin Bieber di sini.

Pegawai polis Los Angeles, James Stoughton berkata, jurugambar yang identitinya belum dikenal pasti itu meninggal dunia di sebuah hospital selepas insiden yang berlaku pada petang Selasa.

Menurut Stoughton, Bieber tidak berada dalam keretanya pada waktu itu.

Kereta Ferrari itu diletakkan di luar Sepulveda Boulevard dekat Getty Center Drive.

Jurugambar itu dilanggar ketika cuba menyeberangi jalan ke Sepulveda Boulevard selepas selesai mengambil gambar.

Stoughton berkata pemandu yang melanggar lelaki tersebut tidak akan didakwa.

Artikel Lain