suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chavez Alami Komplikasi Terbaru Selepas Jalani Pembedahan

CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez mengalami komplikasi terbaru selepas menjalani pembedahan kanser.

Keadaan itu menyebabkan penyokong kuatnya meminta rakyat Venezuela supaya mendoakan keselamatan beliau.

Keadaan kesihatan terkini presiden itu memberikan gambaran suram dan meningkatkan spekulasi sama ada pemimpin berkenaan akan bertahan lebih lama.

Naib Presiden, Nicolas Maduro berkata, Chavez berdepan "komplikasi baru" berikutan jangkitan pernafasan tiga minggu lalu selepas menjalani pembedahan.

"Beliau mengalami komplikasi terbaru selepas menjalani pembedahan kanser," kata Maduro dengan nada sayu ketika berucap menerusi televisyen di Havana.

Artikel Berikut

Artikel Lain