suria

Lelaki Bersenjata Culik 6 Pekerja Hyundai di Selatan Nigeria

YENAGOA (Nigeria): Empat ekspatriat dan dua warga tempatan yang bekerja untuk syarikat pemasangan firma Korea Selatan, Hyundai Heavy Industries Limited diculik pada Selasa di selatan Nigeria, kata polis.

"Beberapa lelaki bersenjata menyerang syarikat Hyundai, yang terletak di dalam hutan berdekatan pantai Lautan Atlantik dan menculik empat menculik empat ekspatriat dan dua warga Nigeria," kata jurucakap polis, Fidelis Odunna.

Seorang nelayan, Tare Kolugha, berkata beliau menyaksikan penculikan itu ketika pekerja berkenaan dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di negeri selatan Bayelsa.

"Kami sedang memancing berdekatan Odioma Creek ketika melihat dua bot bersama lelaki bersenjata menembak ke udara dan memberhentikan bot penumpang lalu memaksa pekerja Hyundai menaiki kapal mereka,” katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain