suria

Maklumat Terbaru Terowong Jepun Runtuh: Sembilan Maut

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun mengesahkan sebanyak sembilan kematian sebelum menangguhkan kerja menyelamat pada Isnin dalam insiden siling konkrit terowong lebuh raya negara itu runtuh, manakala bumbungnya sedang diperkukuh untuk mencegah lebih banyak runtuhan.

Dua kenderaan terbakar dalam kemalangan pada pagi Ahad, menyebabkan asap tebal yang menyukarkan kerja-kerja menyelamat.

Kemalangan itu melibatkan laluan sepanjang 1.7 kilometer dalam terowong Sasago yang panjangnya 4.7 kilometer.

Sembilan maut ketika mangsa dalam perjalanan melibatkan tiga kenderaan dalam terowong tersebut yang terletak kira-kira 80 kilometer dari barat Tokyo di sebuah lebuh raya yang menghubungkan ibu negara dengan kawasan tengah Jepun.

Pencarian ditangguhkan pada pagi Isnin manakala pengendali lebuh raya bekerja untuk menyokong siling, kata Jun Goto, seorang pegawai di Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana.

Ia dijangka akan meneruskan kerja pada petang Isnin.

Goto berkata, tidak pasti sekiranya terdapat mangsa yang lain.

Polis dan pengendali lebuh raya itu, Central Japan Expressway Co sedang menyiasat punca siling terowong itu runtuh.

Satu pemeriksaan pada bumbung terowong pada September lalu tidak menjumpai apa-apa yang tidak kena, menurut syarikat rasmi, Satoshi Noguchi. - AP

Artikel Lain