suria

William Lawat Kate Pada Hari Kedua Isterinya Di Hospital

WILLIAM menghabiskan hari Isninnya dengan Kate, selepas kemasukan isterinya ke hospital membawa kepada pengumuman yang pasangan ini dijangka bakal menimang cahaya mata.

The Duchess, yang difahamkan hamil kurang dari 12 minggu dijangka akan terus berada di hospital King Edward VII di pusat bandar London selama beberapa hari lagi.

Berita itu telah mendorong penduduk dunia dan seluruh UK mengucapkan tahniah kepada mereka.

Tiada tarikh kelahiran diumumkan untuk bayi yang bakal lahir, yang akan menjadi pewaris takhta ketiga selepas Putera Charles dan Putera William.

Pada pagi Selasa, bakal bapa ini tiba di hospital swasta sambil terus menuju ke dalam untuk bertemu isterinya tanpa bercakap dengan pihak media.

The Duchess menghidap 'hyperemesis gravidarum', alahan yang menyebabkan loya dan muntah yang teruk, dan bahaya paling utama adalah dehidrasi. Keadaan ini memerlukan penghidratan tambahan dan nutrien.

Dr Peter Bowen-Simpkins, Pengarah Perubatan di Klinik Wanita London, berkata: "Orang yang mendapat penyakit ini akan muntah dan mungkin kehilangan sebanyak 10 peratus berat badan mereka dan menjadi sangat dehidrasi.

"Apabila ini berlaku rawatan yang mudah ialah dengan memasukkan air ke dalam badan mereka - dan biasanya mereka akan merasa jauh lebih baik."

Dr Bowen-Simpkins juga berkata keadaan ini adalah "biasa dengan kehamilan".

Catherine dan William, yang kedua-duanya berusia 30, telah berkahwin di Westminster Abbey pada bulan April 2011.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Istana St James berkata, ahli-ahli kedua-dua Keluarga Diraja dan keluarga Middleton "gembira dengan perkhabaran" ini.

Artikel Lain