suria

Pemberontak Komunis Bunuh Empat Tentera Di Filipina

MANILA: Seorang pegawai tentera berkata, gerila komunis yang disyaki telah membunuh empat tentera yang tidak bertugas dan tidak bersenjata yang sedang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke kem dari sebuah pasar rakyat di selatan.

Mejar Rosa Maria Cristina Manuel berkata, kira-kira 10 pemberontak New People’s Army melepaskan tembakan menggunakan senang M16 kepada tentera terbabit di kawasan pendalaman di bandar Davo pada lewat petang Ahad, yang pada awalnya mengorbankan tiga tentara di sepanjang jalan itu.

Manuel memberita The Associated Press menerusi panggilan telefon pada Isnin bahawa pemberontak itu menarik seorang lagi tentera ke sawah padi dan menembaknya.

Pasukan tentera menemui mayatnya pada Isnin.

Pemberontakan Marxist yang berusia 43 tahun, merupakan salah satu yang paling lama di Asia, yang mengakibatkan lebih 120,000 orang mati. - AP

Artikel Lain