suria

Gempa Kecil Gegar Timur Laut AS

NEW YORK: Satu gempa bumi bermagnitud 4.0 melanda negeri timur laut Amerika Syarikat (AS), Maine pada Rabu dan gegaran dapat dirasai sehingga selatan Boston dan di seluruh New England, sekali gus mengejutkan penduduk tempatan.

Bagaimanapun tiada laporan kerosakan atau kecederaan berikutan gempa yang melanda lewat malam tadi, dengan pusat gempa dicatatkan pada 3.1 kilometer agak cetek.

Pengguna Twietter di Montpelier, ibu negeri Vermont, melaporkan gegaran dapat dirasai selama 10 saat, menurut laporan akhbar Burlington Free Press pada Rabu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain