suria

Perjanjian Damai Di Mindanao Ditandatangani

Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murah Ebrahim (dua, kiri) memberikan alat muzik gong kepada Presiden Filipina, Benigno Aquino III (kanan) sambil disaksikan oleh Ketua Perunding Damai MILF, Mohagher Iqbal (kiri) pada satu mesyuarat di Istana Presiden di Manila pada Isnin. Kerajaan Filipina dan MILF menandatangani sebuah perjanjian damai bagi menyelesaikan pemberontakan yang berlangsung beberapa dekad di selatan Filipina. Foto EPA

MANILA: Bangsa Moro yang melancarkan penentangan ke atas Kerajaan Pusat Filipina selama empat dekad akhirnya menandatangani perjanjian damai pada Isnin bagi merintis jalan kepada kemakmuran dan menamatkan konflik yang telah mengorbankan lebih 150,000 nyawa.

Presiden Benigno Aquino dan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim masing-masing menyaksikan majlis menandatangani perjanjian damai itu yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Malaysia memainkan peranan utama ke arah perdamaian itu dengan menjadi tuan rumah dan orang tengah sepanjang proses rundingan damai tersebut berlangsung.

Perjanjian itu bagi membolehkan kedua-dua belah pihak merintis jalan ke arah pembangunan yang lebih sistematik ke atas wilayah yang akan diberikan kuasa autonomi mulai sekarang sehingga ia dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2016.

Majlis perjanjian damai itu berlangsung di Istana Presiden di sini.

"Kami datang untuk berdamai dengan hasrat membentuk satu kerjasama perdamaian berdasarkan rangka kerja yang telah dipersetujui di antara MILF dan Kerajaan Filipina," kata Murad Ebrahim dalam ucapannya sebaik sahaja perjanjian itu ditandatangani.

Benigno Aquino Jr, yang memainkan peranan yang sangat instrumental dalam proses perdamaian itu sebaik sahaja menyandang jawatan presiden pada tahun 2010, turut mengalu-alukannya dengan kata-kata; "Akhirnya satu perjanjian yang benar dan asli yang akan dapat terus kekal selama-lamanya berjaya dicapai."

Murad Ebrahim mencatat sejarah sebagai pemimpin MILF yang pertama menjejakkan kaki di Istana Presiden, sekaligus melambangkan kepercayaan yang diberikan oleh Bangsa Moro ke atas inisiatif perdamaian ini.

Di bawah pelan perdamaian ini, 12,000 gerila Moro akan menguggurkan tuntutan mereka ke atas sebuah wilayah yang merdeka di Pulau Mindanao sebagai pertukaran kepada perkongsian kuasa dan kemakmuran di wilayah autonomi selepas ini.

Masyarakat Melayu Mindanao diberi gelaran 'Moro' oleh penjajah Sepanyol kerana menyamakan mereka dengan pejuang-pejuang Islam Moors di Afrika Utara ketika pulau berkenaan dijajah pada tahun 1500.

MILF adalah serpihan kepada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro atau MNLF dan kini merupakan organisasi Moro terbesar di Mindanao.

Artikel Lain