suria

Bekas Presiden Filipina Mahu Bertanding Datuk Bandar Manila

MANILA: Bekas Perdana Menteri Filipina yang disingkirkan sebelum ini iaitu Joseph Estrada telah mengisi pencalonannya untuk menjadi Datuk Bandar Manila, bersaing dengan beribu-ribu calon dalam pilihan raya separuh tempoh yang akan didominasi oleh dinasti politik, selebriti serta mereka yang kaya dan berpengaruh.

Pemilihan itu dijadualkan pada 13 Mei, 2013 yang menjelaskan tempoh yang paling jelas bagi politik Filipina. Ia merupakan hal-ehwal keluarga.

Di antara mereka yang dijangka akan bertanding adalah Imelda Marcos, bekas isteri kepada diktator Ferdinand Marcos, yang merupakan antara calon untuk 286 kerusi Kongres.

Anak perempuan Marcos, Imee akan mencuba untuk mengekalkan kerusinya sebagai gabenor di wilayah utara Ilocos Norte.

Anak lelakinya pula Ferdinand Marcos Jr, kini merupakan seorang senator. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain