suria

PM Jepun Rombak Kabinet, Lantik Menteri Kewangan Baru

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda merombak kabinet pada Isnin, dan melantik menteri kewangan baru, Koriki Jojima yang juga seorang anggota kanan Parti pemerintah Demokratik Jepun (DPJ).

Menteri Luar, Koichiro Gemba pula adalah antara menteri kanan yang mengekalkan jawatan dalam rombakan berkenaan ketika Noda berusaha meredakan hubungan China dan meningkatkan popularitinya.

"Rombakan ini akan membantu kerajaan dan parti pemerintah bekerjasama dalam menangani beberapa isu-isu domestik dan diplomatic dan secara tidak langsung mengukuhkan fungsi kabinet,” katanya. AFP

Artikel Lain