suria

Duta AS Ke Libya Terbunuh Dalam Serangan

Kereta yang dinaiki duta AS diserang lelaki tunjuk perasaan.
Kereta yang dinaiki duta AS diserang lelaki tunjuk perasaan.
Kereta yang dinaiki duta AS diserang lelaki tunjuk perasaan.

BEIRUT: Duta Amerika Syarikat(AS) ke Libya bersama tiga kakitangan kedutaan lain terbunuh dalam serangan roket pada malam Selasa di bandar timur Libya Benghazi, kata seorang pegawai rasmi Libya pada Rabu.

"Duta Amerika dan tiga orang anggota kakitangan terbunuh apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan roket pada mereka," katanya.

Menurutnya, duta AS dalam perjalanan ke lokasi lebih selamat selepas penunjuk perasaan menyerang Konsulat AS di Benghazi dan melepaskan tembakan.

Mereka turut membunuh seorang kakitangan dalam bantahan sebuah filem AS yang mencetuskan kontroversi dan dikatakan menghina Nabi Muhammad.

Kata pegawai tersebut, duta dan tiga kakitangan yang lain terbunuh apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan roket ke arah keretanya.

Tambahnya, Kedutaan AS telah menghantar pesawat tentera untuk membawa mayat ke Tripoli untuk dihantar pulang ke Amerika Syarikat.

Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang Benghazi pada Selasa petang dan bertempur dengan pasukan keselamatan Libya. Penyerang melepaskan tembakan di bangunan, sementara yang lain melemparkan bom buatan tangan ke dalam kawasan bangunan.

Serangan tersebut diikuti dengan protes di negara jiran Mesir di mana penunjuk perasaan memanjat dinding kedutaan AS, merobohkan bendera Amerika sebagai tanda protes ke atas filem tersebut. Reuters

Artikel Berikut

Artikel Lain