suria

Gempa Sederhana Gegar California, Arizona

LOS ANGELES: Beberapa siri gempa sederhana berukuran sehingga 5.4 magnitud menggegarkan selatan California, Arizona dan sempadan Mexico.

Namun belum ada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.

Gegaran sederhana itu melanda kawasan dari San Diego dan Orange County di California sehingga ke timur Arizona, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa berlaku kira-kira jam 12.16 tengah hari waktu tempatan di 25 kilometer di utara El Centro, California yang berlanjutan sehingga lebih dua jam.

Gegaran terkuat ialah 5.4 magnitud pada jam 1.57 tengah hari waktu tempatan di pusat gegaran yang sama.

Artikel Sebelum

Artikel Lain