suria

Iraq: Peguam & Keseluruhan Ahli Keluarga Dibunuh

TIKRIT (Iraq): Seorang peguam dan anaknya yang berkhidmat di jabatan kehakiman telah ditembak mati bersama enam orang ahli keluarganya yang lain dalam satu serangan yang disifatkan untuk melemahkan sistem perundangan negara itu oleh gerakan Al-Qaeda.

Khayrallah Shati, seorang peguam di bandar Baiji, 200 kilometer dari Baghdad ditembak mati bersama-sama isteri dan lima anak lelakinya serta seorang saudara yang tinggal bersama mereka.

Masih belum jelas apakah motif di sebalik serangan itu dan kenapa keluarga peguam ini yang menjadi sasaran tetapi pihak berkuasa mengaitkannya dengan Al-Qaeda.

Kesemua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan daripada tembakan yang bertalu-talu.

Kejadian terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa serangan tembakan di Iraq pada bulan ini sahaja meningkat kepada 77 orang yang mana 47 daripadanya terdiri daripada anggota keselamatan.

Pada bulan Julai sahaja, terdapat serangan maut sepanjang 27 hari daripada keseluruhan 31 hari pada bulan itu dengan jumlah kematian dicatatkan seramai 325 orang.

Artikel Sebelum

Artikel Lain