suria

Hiroshima Kenang Ulang Tahun ke-67 Serangan Bom Atom AS

Hiroshima menyambut ulang tahun ke-67 sempena serangan bom atom oleh Amerika Syarikat.- Foto AP
 Hiroshima menyambut ulang tahun ke-67 sempena serangan bom atom oleh Amerika Syarikat.- Foto AP
Hiroshima menyambut ulang tahun ke-67 sempena serangan bom atom oleh Amerika Syarikat.- Foto AP

TOKYO: Jepun mengadakan majlis memperingati ulang tahun ke-67 serangan bom atom pertama di dunia, yang turut dihadiri cucu Harry Truman, presiden Amerika Syarikat yang mengarahkan bom itu dijatuhkan ke atas Hiroshima.

Kira-kira 50,000 orang berhimpun di taman keamanan Hiroshima berdekatan pusat ledakan atom pada 1945 yang memusnahkan keseluruhan bandar raya tersebut dan membunuh 140,000 orang.

Bom atom kedua digugurkan pada 9 Ogos di Nagasaki membunuh puluhan ribu dan mendorong Jepun untuk menyerah kalah kepada pasukan perikatan Perang Dunia Kedua.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh perwailan dari 70 negara, dimulakan dengan bunyi loceng kuil, disusuli acara bertafakur. - AP

Artikel Lain