suria

Enam Askar Nigeria Terbunuh Dalam Serangan Bom

KANO: Seorang pengebom berani mati yang memandu kereta merempuh kumpulan tentera yang melakukan rondaaan di Damaturu, di barat daya Nigeria menyebabkan enam tentera maut.

Turut terbunuh pengebom berani mati berkenaan serta seorang orang awam. “Dia meledakkan bom yang dibawanya di dalam kereta sebelum membunuh dirinya.

Enam askar turut maut manakala sembilan lagi cedera," kata Ketua Polis Negeri, Patrick Egbuniwe.

Sementara itu, kumpulan radikal Islam, Boko Haram mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan bom terhadap anggota tentera berkenaan.

Egbuniwe berkata, pengebom berkenaan mulanya dikejar oleh askar rondaan berkenaan selepas melepasi sebuah pusat pemeriksaan sebelum meletupkan dirinya sebaik kenderaan tentera menghampirinya. - AFP

Artikel Lain