Doktor Mengaku Buang Mayat Pesakit Selepas Beri Ubat Penenang Berlebihan - Dunia | mStar

Doktor Mengaku Buang Mayat Pesakit Selepas Beri Ubat Penenang Berlebihan

SEOUL: Seorang doktor warga Korea Selatan mengakui membuang mayat seorang pesakit selepas membunuhnya secara tidak sengaja dengan menyuntik ubat penenang.

Polis berkata, mereka mengeluarkan waran tangkap ke atas doktor berusia 45 tahun yang dikenali sebagai Kim.

Kim bertugas di sebuah hospital di daerah Gangnam, selatan Seoul.

Mangsa berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Lee menghubungi Kim selepas mengadu menghadapi kesukaran untuk tidur.

Kim bagaimanapun menyuntik lima miligram dos ubat penenang tanpa preskripsi untuk mengurangkan masalah sukar tidur yang dihadapi Lee.

Dalam keterangannya, Kim mendapati denyutan nadi Lee terhenti apabila dia kembali memeriksa keadaan pesakitnya itu.

Selepas cuba memberikan bantuan pernafasan, Kim kemudiannya memberitahu dia meletakkan mayat tersebut di atas kerusi roda dan menutup muka Lee dengan topeng pembedahan.

Kim memandu kereta Lee ke taman berdekatan dan meninggalkan mayatnya di situ.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain