suria

PBB Kutuk Serangan Pelajar Di Sekolah Nepal

KATMANDU: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Nepal telah mengutuk serangan ke atas sekolah-sekolah yang berlaku baru-baru ini yang dikatakan membahayakan nyawa kanak-kanak dan menjejaskan hak mereka dalam pendidikan.

Kumpulan pelajar telah menyerang beberapa sekolah-sekolah tinggi dan maktab rendah yang kebanyakannya terletak di bandar, Katmandu, bulan ini.

Mereka menuduh pengurus mengenakan yuran yang tinggi, membuat iklan yang mengelirukan dan memberi nama institusi asing seperti "Liverpool", "Cambridge" dan "Florida" untuk menarik perhatian pelajar.

Penyerang juga merosakkan harta dan membakar bas sekolah sebanyak dua kali.

Kenyataan PBB menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat serangan dan mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

Serangan oleh kumpulan pelajar jarang-jarang sekali disiasat oleh pihak berkuasa Nepal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain