suria

Menteri Kewangan Itali Baru Dilantik Ganti Monti

ROME: Perdana Menteri Itali, Mario Monti akan mengundurkan diri sebagai menteri kewangan dan timbalan menterinya sekarang, Vittorio Grilli akan menggantikannya, kata kerajaan pada Rabu.

Pelantikan itu disahkan di sebuah majlis rasmi selepas itu pada Rabu, dan dikatakan jawatankuasa baru yang akan menyelaras dasar ekonomi dan kewangan turut akan diumumkan di mana ia diletakkan di bawah seliaan Monti.

Jawatankuasa itu melibatkan Monti, Grilli, Menteri Pembangunan Ekonomi, Corrado Passera dan Gabenor Bank Itali, Ignazio Visco.

Grilli merupakan bekas profesor ekonomi di Universiti Yale di Amerika Syarikat, juga graduan daripada Universiti Bocconi yang berprestij di Milan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain