suria

Korea Selatan Kesal Kedutaan Jepun Dirempuh Trak

SEOUL: Seoul menyatakan rasa kesalnya terhadap Tokyo selepas seorang lelaki, rakyatnya, merempuh pintu Kedutaan Jepun dengan sebuah trak dalam keadaan marah selepas demonstrasi yang diadakan oleh aktivis Jepun.

Kedutaan membuat bantahan selepas lelaki berusia 62 tahun itu merempuh pintu pagar pada awal Isnin.

Pegawai berkata pintu pagar mengalami kerosakan tetapi tiada siapa yang cedera.

Kementerian Luar Korea Selatan berkata pihaknya akan meningkatkan tahap keselamatan di kedutaan.

Pihak polis berkata, lelaki itu memberitahu penyiasat bahawa dia membantah aktivis sayap kanan Jepun yang baru-baru ini meletakkan papan berhampiran kedutaan yang mendakwa Jepun memiliki sebuah pulau yang diduduki oleh warga Korea Selatan.

Papan tanda itu diletakkan di sebelah patung peringatan seorang wanita Korea yang dipaksa untuk berkhidmat sebagai hamba seks tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Jepun menjajah Korea pada 1910-1945.

Artikel Sebelum

Artikel Lain