suria

Mubarak Dalam Keadaan Koma, Belum Meninggal Dunia

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas mengalami strok di dalam penjara.

Kenyataan yang dikeluarkan sumber pasukan perubatan dan ketenteraan itu sekaligus menafikan khabar angin bahawa Mubarak sudah meninggal dunia.

Tahap kesihatan tidak menentu pemimpin yang digulingkan itu bermula selepas ketegangan terbaru di negara tersebut dengan kedua-dua calon presiden mendakwa memperoleh kemenangan dan kerajaan tentera pula dikatakan mendapat mandat baru.

“Mubarak belum meninggal dunia. Dia dalam keadaan koma dan doktor masih cuba untuk menyelamatkannya,” menurut satu sumber perubatan.

Artikel Lain