suria

Seorang Rakyat Saudi Dihukum Pancung Kerana Edar Dadah

RIYADH: Seorang lelaki rakyat Saudi dihukum pancung kepala pada Ahad selepas dibuktikan bersalah kerana mengedar dadah, kata menteri dalam negeri.

Ahmed Ali Hamdi telah ditahan selepas mengedar sejumlah besar dadah, kata menteri itu dalam satu kenyataan.

Dia dipancung kepada di bandar Jizan menjadikan jumlah orang yang dikenakan hukuman mati di Arab Saudi pada tahun ini adalah 32 orang, menurut rekod AFP berdasarkan laporan rasmi.

Berdasarkan rekod AFP juga, sekurang-kurang 76 orang dipancung kepala pada tahun 2011, sementara kumpulan hak asasi Amnesty International meletakkan jumlah itu pada tahun lepas seramai 79 orang.

Hukuman mati di Arab Saudi dikenakan ke atas beberapa kesalahan termasuk rogol, murtad, rompakan bersenjata, mengedar dadah serta membunuh, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang syariah. - AFP

Artikel Lain