Puak Taliban, Penjenayah Larikan Diri Dari Penjara Di Afghanistan - Dunia | mStar

Puak Taliban, Penjenayah Larikan Diri Dari Penjara Di Afghanistan

KABUL: Pegawai di Afghanistan berkata lebih daripada sepuluh banduan, termasuk penjenayah dan ahli puak Taliban, telah melarikan diri dari penjara di utara Afghanistan.

Gabenor wilayah Sar-e-Pul, Abdul Jabar Haqbeen berkata bom diletupkan di luar salah satu dinding penjara pada malam Khamis, dan banduan melarikan diri melalui runtuhan bangunan.

Beliau berkata pengawal melepaskan tembakan, membunuh tiga tawanan.

Ramai yang berjaya ditawan semula tetapi pihak berkuasa masih mencari seramai 14 tahanan yang berjaya melarikan diri.

Seorang ahli majlis daerah, Abdul Ghani, berkata penghuni membuat bom di dalam kawasan dan meletupkan sebuah menara penjara.

Dia menyatakan kebimbangan letupan penjara memberi maksud keselamatan yang semakin buruk di wilayah itu.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain