suria

Peguam ICC Australia Ditahan Di Libya

TRIPOLI: Libya menahan peguam wanita Australia dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana cuba kerana cuba menyerahkan dokumen "berbahaya" kepada Seif al-Islam, anak lelaki bekas pemimpin Moamer Kadhafi yang ditahan, kata wakil ICC Libya pada Sabtu.

"Semasa lawatan (Seif pada Jumaat), peguam ini cuba menghantar dokumen kepada tertuduh yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kes dan ini membahayakan keselamatan Libya," kata Ahmed al-Jehani.

Peguam yang dikenali sebagai sebagai Melinda Taylor, adalah sebahagian daripada empat anggota delegasi ICC yang menerima kebenaran daripada ketua pendakwa di Libya untuk melawat Seif di Zintan, barat daya Tripoli, di mana dia sedang ditahan.

Jehani berkata dia "di bawah tahanan di Zintan, bukan di dalam penjara," dan disoal siasat oleh pihak berkuasa.

Seif, 39, telah berada dalam jagaan di Zintan sejak ditangkap pada 19 November berikutan pemberontakan menggulingkan pemerintahan bapanya selepas lebih 40 tahun berkuasa.

Artikel Lain