suria

Nahas Pesawat: Hujan Lebat Akibatkan Proses Mencari dan Menyelamat Tergendala

LAGOS, Nigeria: Hujan lebat yang disertai dengan tiupan angin kencang telah menyebabkan proses mencari dan menyelamat mangsa yang tercedera dalam nahas kapal terbang yang mengorbankan 153 nyawa di Nigeria terjejas.

Hujan lebat yang turun pada pagi Selasa mengakibatkan banjir dan pokok tumbang di Lagos, bandar raya terbesar di Nigeria.

Jurucakap Jabatan Bencana Alam Kebangsaan Nigeria, Yushau Shuaib, berkata hujan lebat yang turun telah menyebabkan proses mencari dan menyelamat di tapak nahas berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Lagos Murtala Mohamaed terpaksa dihentikan

Shuaib berkata pasukan menyelamat turut bimbang jika bangunan pangsapuri tiga tingkat yang dilanggar oleh pesawat MD-83 runtuh.

Nahas yang berlaku pada Ahad itu mengorbankan 153 orang di atas kapal.

Pasukan mencari dan menyelamat bimbang lebih ramai lagi terbunuh namun mayat mereka masih belum ditemui. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain