Pakistan Aktifkan Semula Laman Twitter - Dunia | mStar

Pakistan Aktifkan Semula Laman Twitter

ISLAMABAD: Pakistan mengaktifkan semula akses Twitter selepas negera itu sebelum ini menyekat laman mikroblog itu berikutan kata-kata berunsur penghinaan mengenai pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad di Facebook.

Laman web itu disekat pada Ahad oleh syarikat telekomunikasi selepas menerima arahan daripada Kementerian Teknologi Maklumat di sebalik tuduhan enggan menarik balik mesej mengenai pertandingan tersebut di Facebook.

Namun, Penguatkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA), Mohammad Younis Khan berkata, pihaknya mengaktifkan semula akses Twitter pada sebelah petang, beberapa jam selepas sekatan dilakukan.

Sebab pengaktifan semula itu amat jelas, kata Khan.

Katanya, ia adalah keputusan kementerian dan tiada menjelaskan lebih lanjut mengenai tindakan itu.

Khan berkata, terdapat kata-kata berunsur penghinaan di Twitter dan penganjur pertandingan itu dilihat cuba mengguris perasaan penganut Islam.

Artikel Sebelum

NATO Umum Aktikan Peluru Berpandu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain