suria

Lima Maut Terkena Tembakan Mortar

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh apabila beberapa tembakan mortar yang disasarkan ke kediaman Presiden tersasar dan mengenai kawasan pelarian, Isnin.

Kumpulan militan al-Shabaab berkata, mereka telah melancarkan berpuluh-puluh mortar ke kediaman Presiden.

Jurucakap pasukan pengaman Kesatuan Afrika, Paddy Ankunda berkata, beberapa tembakan mortar tersasar mengenai kem pelarian yang terletak kira-kira 500 meter dari kediaman Presiden.

“Tiada tembakan yang mengenai kediaman Presiden,” katanya.

Artikel Lain