suria

Enam Ditangkap Polis Bantu Siasatan Godam Telefon Di London

LONDON: Polis British berkata pihaknya telah menahan enam orang sebagai sebahagian daripada penyiasatan terhadap penggodaman telefon dalam media British.

Polis Metropolitan berkata lima lelaki dan seorang wanita telah ditahan awal pagi Selasa di pelbagai lokasi di dalam dan sekitar London.

Dilaporkan juga bahawa premis mereka turut digeledah.

Mereka yang ditangkap oleh polis yang sedang melakukan siasatan terhadap penggodaman telefon terhadap wartawan dan penyiasat persendirian.

Artikel Lain