suria

Letupan: Lebih 100 Mayat Dikebumikan Serentak Di Congo

BRAZZAVILLE (CONGO): Pekerja rumah mayat segera mencuci lebih 100 mayat yang merupakan mangsa terbunuh dalam satu letupan di Republik Congo bagi menyempurnakan pengebumian mereka.

Radio negeri melaporkan seramai 246 orang terbunuh minggu lalu apabila depot senjata pihak tentera yang turut terkandung bahan letupan seperti bom tangan terbakar.

Namun hanya 168 mayat yang dikenal pasti setekat ini. Menurut laporan rumah mayat, mereka akan mengebumikan kesemuanya di tempat yang sama pada Ahad.

Kebanyakan keluarga mangsa berada di rumah mayat semalaman bagi menunggu senarai nama saudara mereka yang diumumkan menerusi pembesar suara di luar.

Mereka yang dipanggil akan masuk ke dalam, dan dibenarkan untuk mencuci mayat. ‘Keranda’ akan dimuatkan dalam trak untuk dibawa ke upacara pengebumian. - AP

Artikel Lain