Dokumen NYPD: 'Fokus', Kawalan Rapi Terhadap Muslim Amerika - Dunia | mStar

Dokumen NYPD: 'Fokus', Kawalan Rapi Terhadap Muslim Amerika

NEW YORK: Jabatan Polis New York (NYPD) menyimpan secara rahsia fail perniagaan yang dimiliki oleh generasi kedua dan ketiga warga Amerika khususnya terhadap mereka yang beragama Islam.

Itu menurut dokumen yang baru diperolehi oleh "The Associated Press" yang menyatakan penjelasan sekali lagi bahawa polis memantau rakyat berdasarkan agama.

NYPD telah menghadapi kritikan hebat daripada umat Islam, penggubal undang-undang dan juga pasukan perisik FBI terhadap operasi mengintip secara meluas yang meletakkan seluruh kawasan kejiranan di bawah pengawasan.

Polis meletakkan nama-nama mereka yang tidak bersalah dalam fail rahsia dan memantau masjid, kumpulan pelajar dan perniagaan yang membentuk landskap Islam di timur laut Amerika Syarikat (AS).

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg telah mempertahankan usaha jabatan itu, dengan menyatakan mereka telah memastikan keselamatan bandar berdasarkan undang-undang dan bukan berdasarkan agama.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain