suria

Lagi Wartawan Maut Di Somalia

MOGADISHU: Seorang petugas memberitahu kumpulan lelaki bersenjata telah menembak mati seorang wartawan warga Somalia di tengah bandar itu menjadikan jumlah kematian wartawan yang keempat dalam tempoh empat bulan.

Seorang wartawan, Liban Ajib Haji pada Isnin berkata, Ali Ahmed Abdi yang berusia 24 tahun sedang berjalan kaki pulang ke rumah di kampung Garsoor di tengah Somalia pada malam Ahad apabila dua lelaki bersenjata mendekatinya dan menembak sebanyak tiga kali di kepala.

Abdi sebelum ini pernah berkhidmat untuk Radio Galkayo sebelum menyertai portal berita Somalia.

Haji berkata, motif pembunuhan tidak dikenal pasti.

Serangan ke atas para wartawan merupakan kebiasaan yang berlaku di Somalia, sebuah negara dilanda peperangan.

Kumpulan lelaki bersenjata telah membunuh Pengarah Radio Somaliweyn, Abukar Hassan Kadaf, enam hari lalu.

Seorang wartawan dari stesen radio Shabelle telah dibunuh pada Januari lalu manakala seorang lagi wartawan ditembak mati di Mogadishu, ibu negara itu pada Disember lalu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain