Murid Asia Kini Lebih Pantas Dari Barat - Dunia | mStar

Murid Asia Kini Lebih Pantas Dari Barat

SYDNEY: Satu kajian yang dijalankan di sini telah mendapati, murid-murid sekolah di Barat telah ketinggalan tiga tahun di belakang rakan-rakan seangkatan dengan mereka di Asia khususnya dari China.

Kajian itu yang dijalankan oleh sebuah institusi ‘think-tank’ - The Grattan Institute - mendapati, Asia Timur kini telah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan sekolah dengan Hong Kong, Korea Selatan, Shanghai dan Singapura muncul sebagai peneraju.

"Di Shanghai, murid yang berusia 15 tahun telah didapati mempelajari matematik jauh kebih ke hadapan berbanding dengan rakan mereka di Australia, Amerika Syarikat dan Eropah," kata Pengarah Program Pendidikan Sekolah Grattan Institute, Ben Jensen.

"Ini akan memberi kesan yang besar kepada masa hadapan. Kita dapati ekoran perpindahan kuasa ekonomi dari Barat ke Timur, prestasi tinggi dalam pendidikan sekolah juga telah turut berubah dan meningkat," katanya.

Kajian itu juga turut mendapati, dari sudut penguasaan membaca, murid di Korea Selatan kini berada setahun di hadapan jika dibandingkan dengan murid-murid di Amerika dan negara-negara Kesatuan Eropah serta tujuh bulan di hadapan dengan murid-murid sekolah Australia.

Data yang dikumpulkan ini menggunakan kaedah yang diguna pakai oleh Pertubuhan Untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi yang berpusat di Paris dan menjadi kayu ukur di peringkat antarabangsa dalam sektor pendidikan.

Laporan itu turut mengenalpasti punca kejayaan China, Hong Kong dan Singapura dalam melonjakkan pendidikan sekolah ada kena mengena dengan keazaman ibu bapa dari etnik Cina untuk memaksa anak-anak mereka mengutamakan pelajaran dan kejayaan.

Perkara ini terbukti benar di Hong Kong dan juga Singapura yang telah memperlihatkan pencapaian yang besar sejak sedekad yang lalu.

Kajian itu menyebut, sistem pendidikan yang terbaik ialah sistem yang memberi penekanan kepada aspek-aspek praktikal dalam pengajian dan pembelajaran serta pendidikan perguruan, sistem mentoring serta pembangunan profesional bukannya perbelanjaan ke atas pembangunan fizikal.

Ia memetik contoh sekolah-sekolah di Shanghai yang melonjakkan jumlah murid di dalam satu-satu kelas sehingga 40 orang tetapi memberi ruang dan masa yang lebih kepada guru untuk merancang pembelajaran di kelas mereka dan melakukan penyelidikan.

Artikel Sebelum

Maharaja Jepun Jalani Pembedahan Jantung

Artikel Berikut

Penerbangan Tambang Murah Air Australia Lingkup

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain