suria

Pemaju Botox 'Kesal' Hilang Berbilion Ringgit

NEW DELHI: Pemaju 'Botox', Alan Scott berkata beliau kesal menyerahkan hak anti kedutan yang menjadi produk terlaris kepada sebuah syarikat AS hanya dengan $4.5 juta, sambil berkata dia mungkin telah menjadi seorang jutawan jika tidak berbuat demikian.

Botox telah menjadi 'senjata' dalam perubatan kosmetik dan berada di barisan hadapan untuk membuang kedutan - manakala aplikasi terapeutik ubat itu digunakan untuk membantu merawat pelbagai penyakit dan membantu masalah kekejangan otot.

"Jika saya tahu (lumayannya pendapatan), saya tidak akan memberikannya kepada syarikat Allergan pada tahun 1991," Dr Alan Scott memberitahu Times of India dalam satu temu bual yang disiarkan pada Isnin.

"Pada masa sekarang, Botox sering digunakan untuk membantu merawat lebih 100 penyakit selain menjadi aplikasi estetik," kata Scott di New Delhi, yang mengadakan persidangan di selatan India.

Opthalmologist di San Francisco itu berkata beliau mendapat kira-kira $4.5 juta untuk menyerahkan hak kepada syarikat Allergan yang berpangkalan di California yang "ketika itu perjanjian dibuat dengan memuaskan."

"Tetapi jika saya masih mempunyai hak terhadap Botox, mungkin saya boleh menjana bilion dolar ringgit sejak beberapa tahun dulu sehingga sekarang," kata Scott.

Botox, yang membantu merehatkan otot, adalah satu bentuk penulenan racun saraf yang dihasilkan oleh bakteria yang menyebabkan penyakit yang ketidakupayaan otot dan boleh membawa maut.

Botox pertama kali diluluskan pada tahun 1989 untuk merawat dua gangguan otot mata - mata berkelip tidak terkawal dan tidak sejajar.

"Pada mulanya, apabila saya membangunkannya, saya tahu ia mampu mencetuskan keajaiban terhadap gangguan neurologi.

"Walau bagaimanapun, saya langsung tidak tahu ia boleh berfungsi dengan baik sebagai ejen kosmetik," kata Scott.

Penemuan kosmetik bermula apabila pakar mata Kanada, Dr Jean Carruthers mengesan pesakit beliau telah mula kehilangan garis kerut di dahi mereka dan menerbitkan kajiannya pada tahun 1992.

Satu dekad kemudian Botox diluluskan sebagai agen anti kedutan oleh 'US Food and Drug Administration' dan kini digunakan di 80 buah negara.

Adakah Scott bimbang tentang apa-apa kesan sampingan daripada penggunaan meluas Botox?

"Adalah tidak jelas apa yang akan berlaku selepas sedekadpenggunaan. Mungkin otot muka akan lemah dan kendur. Tetapi kita tahu bahawa ia berfungsi dalam mengurangkan kedutan di muka," katanya.

"Kebanyakan wanita tidak peduli apa yang akan berlaku beberapa tahun kemudian. Mereka hanya mahu kedutan hilang sekarang."

Artikel Lain