suria

Pembangkang Venezuela Bersatu Hadapi Chavez

CARACAS(Venezuela): Dalam satu perubahan iklim politik yang belum pernah berlaku di negara ini, barisan pembangkang Venezuela akan bersetuju mengadakan pemilihan secara terbuka untuk mencalonkan seorang pemimpin bagi menentang penyandang jawatan Hugo Chavez dalam pilihan raya presiden yang dijadualkan berlangsung 7 Oktober depan.

Pembangkang telah bersatu di bawah panji-panji Gabungan Demokratik Bersatu (MUD) lapan bulan sebelum pilihan raya berlangsung.

Chavez, pemimpin popular berhaluan kiri dan dikenali kerana berkawan dengan sesiapa sahaja yang menentang Amerika Syarikat memerintah Venezuela sejak 1999.

Buat masa ini, calon pembangkang yang semakin popular dan meningkat naik bernama Capriles, 39, iaitu seorang gabenor di negeri Miranda berada di senarai paling atas untuk mencabar Chavez.

Beliau bukan sahaja masih bujang malah memiliki wajah tampan seperti seorang pelakon kacak.

Peluang Capriles menjadi semakin cerah selepas seorang lagi calon pembangkang, bekas datuk bandar, Leopoldo Lopez, mengumumkan penarikan diri dan melemparkan sokongan penuh ke atas Capriles.

Kini pencabar utama Capriles ialah Pablo Perez, 42. Perez kini adalah gabenor Zulia, iaitu negeri paling padat dan paling kaya di Venezuela.

Chavez yang kini berusia 57 tahun memimpin Parti Sosialis Bersatu Venezuela (PSUV).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain