suria

Kerajaan Greek Rampas 20 Juta Rokok Haram Baru Tiba Dari Malaysia

ATHENS: Pihak berkuasa Greek telah mengumumkan pada Isnin bahawa mereka berjaya menahan dan merampas 20 juta rokok haram dari Malaysia yang baru tiba di Pelabuhan Piraeus di sini.

Rampasan itu berjaya dibuat hasil maklumat daripada pihak berkuasa British.

Siasatan kini dimulakan untuk mengenalpasti siapakah penerima kontena yang berisi rokok-rokok haram itu memandangkan nama pada dokumen perjalanannya adalah palsu.

Rokok-rokok itu adalah dari jenama 'Jack Man' dan 'Walton' yang mana ia tidak disenaraikan sebagai rokok yang dibenarkan untuk edaran di negara-negara Eropah.

Greece sememangnya menjadi pintu masuk penyeludupan rokok haram ke negara-negara Eropah.

Artikel Lain