102 Maut Kerana Arak Haram Di Timur India - Dunia | mStar

102 Maut Kerana Arak Haram Di Timur India

Mayat-mayat mangsa arak beracun diletakkan di atas tanah sebelum dipindahkan ke rumah mayat hospital. Foto EPA
Mayat-mayat mangsa arak beracun diletakkan di atas tanah sebelum dipindahkan ke rumah mayat hospital. Foto EPA

KOLKATA: Pihak berkuasa tempatan mengesahkan bahawa 120 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi dikejarkan ke hospital selepas minum arak haram yang dijual pada harga murah di sebuah kampung berdekatan di sini.

Mereka yang bekerja sendiri atau sebagai buruh mulai sakit pada Selasa, selepas minum arak tersebut yang mengandungi toksik methanol, kata Majistret Wilayah, Narayan Swarup Nigam mengenai kejadian yang melanda Sangrampur yang terletak 30 kilometer daripada Kolkata.

Nigam menambah, 52 orang lagi masih menerima rawatan di hospital.

Pegawai polis, Surajit Kar Purkayastha pula berkata, empat individu telah ditahan kerana membuat dan mengedar arak haram tersebut.

Ketua Menteri wilayah Barat Bengal, Mamata Banerjee berikrar akan mengambil tindakan keras terhadap pesalah tersebut.

“Saya mahu mengambil tindakan keras terhadap mereka yang membuat dan menjual arak haram.

“Tetapi dalam masa yang sama, ini juga adalah masalah sosial dan harus ditangani bersama,” katanya, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Press Trust of India.

Dalam kejadian itu, semua mangsa yang baru tamat bekerja dilaporkan membeli arak tersebut pada harga Rs10 (kira-kira 60 sen) untuk setengah liter, iaitu satu pertiga lebih murah daripada harga alkohol yang dibenarkan.

Mereka yang berhimpun di tepi-tepi jalan berhampiran stesen keretapi untuk minum arak tersebut, secara tiba-tiba muntah, merasakan sakit kepala yang teramat sangat dan mulut berbuih.

Seorang penduduk, Arman Seikh, 23, menghantar abang iparnya ke hospital selepas mengadu panas di bahagian dada dan sakit perut.

Penduduk kampung yang marah telah menyelongkar kedai yang menjual arak haram tersebut.

Arak haram yang dijual pada harga murah membunuh berpuluh-puluh penduduk India setiap tahun dan sekurang-kurangnya membunuh 112 penduduk barat India pada tahun 2009.

Kejadian terbaru ini berlaku beberapa hari selepas kematian 90 orang yang lain dalam kebakaran sebuah hospital yang menyaksikan pengarah hospital tersebut ditahan kerana didakwa melakukan pembunuhan berganda. - AP

Artikel Sebelum

10 Polis Ditahan Berhubung Kematian Pelajar

Artikel Berikut

Booie, Cimpanzi Merokok Mati Pada Usia 44 Tahun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain