suria

Turki Tahan Suspek Penyokong Al-Qaida

ANKARA: Televisyen tempatan melaporkan bahawa pihak polis Turki telah menahan 14 individu yang disyaki terlibat dengan rangkaian pengganas Al-Qaida.

TRT berkata, semua suspek tersebut ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan secara serentak di bahagian tengah bandar Anatolian pada Selasa.

Dilaporkan, semua yang ditahan disyaki anggota kumpulan Al-Qaida, namun tiada maklumat lanjut diberikan.

Awal tahun ini, polis menahan satu kumpulan yang didakwa merancang untuk menyerang kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan juga sebuah lagi kumpulan di bandar Adana, yang merupakan lokasi pangkalan tentera Incirlik yang digunakan oleh tentera AS untuk memindahkan bekalan ke Iraq dan Afghanistan.

Pihak berkuasa mengatakan, Al-Qaida merancang untuk menyerang pangkalan tersebut, tetapi gagal kerana kawalan keselamatan yang canggih dan ketat. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

3,000 Polis Australia Adakan Protes

Artikel Lain