suria

Lelaki Kononnya Mati Ditangkap Di Austarlia

SYDNEY: Seorang lelaki Britain yang didakwa memalsukan kematiannya dan melarikan diri menggunakan duit pampasan insuransnya ditahan di Australia, demikian menurut polis, Khamis.

Hugo Jose Sanchez, 47, juga dikenali sebagai Alfredo, diletakkan di bawah tahanan Polis Persekutuan Australia semalaman di Sydney sekaligus mengahiri pencarian selama enam tahun terhadapnya.

Isteri Sanchez, Sophie dijatuhkan hukuman penjara selama dua thun pada tahun lepas kerana penipuan pasangan itu kerana kesalahan memalsukan kematian untuk menuntut bayaran insuran sebanyak lebih daripada sejuta pound pada tahun 2005.

Wanita tersebut ditahan selepas pulang ke Britain untuk menghadiri perkahwinan adiknya pada September 2010 selepas penipuan mereka terbongkar kerana cap jari Sanchez didapati berada di sijil kematiannya sendiri.

Polis enggan memberi komen tentang laporan media yang mengatakan Sanchez berhadapan dengan arahan penyerahan balik ke Britain dan mengatakan ia berada di bawah kuasa mahkamah Sydney -AFP

Artikel Berikut

Gempa Bumi Kuat Landa Mexico

Artikel Lain