suria

Seni Malaysia Di Pusat Pengajian Islam Oxford

OXFORD: Warisan seni Malaysia kini mendapat tempat di peringkat antarabangsa apabila seni ukiran kayu menjadi reka bentuk dalaman di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), sebuah institusi bersekutu Universiti Oxford.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, projek pembinaan Auditorium Malaysia di OCIS yang bernilai kira-kira RM12 juta telah pun siap walaupun terdapat sedikit penambahbaikan yang perlu dilakukan menjelang akhir tahun. Beliau berkata, projek yang memakan masa lebih empat tahun itu menggunakan reka bentuk ukiran kayu sebagai hiasan dalaman yang mempunyai ciri-ciri Islam. "Saya berasa bangga apabila projek Auditorium Malaysia telah selesai walaupun ada beberapa aspek kecil yang harus diperbaiki oleh pihak kontraktor yang bertanggungjawab. "OCIS akan sentiasa mencerminkan sebahagian daripada warisan Malaysia pada reka bentuk dalamannya yang menggunakan seni ukiran kayu,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas melawat OCIS di sini, Isnin. -BERNAMA

Artikel Lain